Resepi Pulut Kuning Sedap Best

kongsiresepikari.com – Assalamuallaikum and salam sejahtera bonda cantik. Semoga your son sihat selalu and peroleh apa yang selama ini ia ingini. Kerana takde kebahagiaan lain selain melihat anak bahagia bagi bonda cantik seperti anda. Kali ni untuk menyenangkan anak and hubby bonda try resepi apa? Kalau sudi try resepi yang nak saya kongsi kan ni ialah resepi pulut kuning sedap and lazat. Resepi pulut kuning ialah resepi nasi yang dimasak dengan bahan kuning and bahan lain pasti supaya sedap and menyelerakan. Resepi pulut kuning ni elok dihidang bersama menu lain seperti resepi pulut kuning noxxa, resepi pulut kuning azie kitchen, pulut kuning gulai ayam, pulut kuning hantaran and pulut kuning berhias. Oke kalau nak try resepi ni sila semak bahan kat bawah yer. Lepas semak and sedia bonda cantik semak pulak cara cara membuat resepi pulut kuning sedap best ni. Jom semak resepi nya.

Resepi Pulut Kuning Sedap Best

Resepi Pulut Kuning

Bahan-bahan

  • 500 gram beras pulut
  • 70ml santan pekat tin (100ml jika mahu lebih lemak)
  • 380ml air (jika santan 100ml, air 350ml)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1-2 sudu besar gula (2 sb gula pulut terasa manis2 sesuai untuk pulut semangat)
  • 5 inci daun pandan / sehelai
  • beberapa titik pewarna kuning telur starbrand (tidak perlu pewarna jika mahu pulut putih, boleh letak warna
  • lain yang di sukai/ mengikut kesesuaian kuih)
  • Loyang 20cm / 8 inci

Resepi lain : Resepi Kari Ikan Mackerel dalam Tin Sedap

Cara-cara Membuat

  1. Panaskan peiuk kukus yang telah diisi air.
  2. Cuci beras pulut seperti biasa.
  3. Masukkan ke dalam loyang. Rujuk gambar 1.
  4. Kemudian masukkan santan, air, pewarna kuning, garam, daun pandan dan minyak masak ke dalam loyang yang berisi pulut tadi. Kacau rata. Rujuk gambar 2 dan 3.
  5. Bila air di dalam periuk kukus telah mendidih, masukkan loyang ke dalam periuk kukus lapisan atas. Tutup kukusan. Rujuk gambar 4.
  6. Set timer selama 30 minit.
  7. Kacau pulut setiap 10 minit. Rujuk gambar 5.
  8. Selepas 30 minit, juka pulut masih tidak masak masukkan 1-2 sudu besar air panas, kacau dan kukus semula 10 minit.
  9. Bila pulut sudah masak, masukkan ke dalam rice cooker dan warm kan sahaja.
  10. Sedia untuk dihidangkan. Sedap di makan bersama rendang, serunding, sambal tumis, dan apa sahaja lauk kegemaran anda.

Tips

  • Kacau pulut setiap 10 minit untuk mendapatkan pulut yang masak sekata.
  • Lebihkan santan, kurangkan air (tetapi jumlah cecair masih sama) jika mahu pulut lebih rasa lemak.
  • Tambah sedikit air panas jika pulut masih belum masak sekata selepas 30 minit , kacau dan kukus lagi.
  • Masukkan pulut yang telah masak ke dalam rice cooker dengan function’warm’ untuk kekalkan kepanasan pulut.
  • Boleh gunakan pewarna lain jika mahukan pulut bewarna merah / biru/ hijau dan sebagainya.
  • Cara ini juga sesuai untuk buat pulut panggang, lopes, pulut pagi, atau apa sahaja kuih yang mernggunakan pulut yang dikukus.

source : nalovelykitchen

Mudah yer cara membuat resepi pulut kuning ni. Supaya semakin sedap pulut kuning ni hidang bersama ayam masak kicap or ayam masak merah or ikan suai selera. Hidang resepi untuk keluarga terkasih saat jamuan makan petang. Pasti senang sangat tu saat makan petang. Oke sekian kongsi resepi pulut kuning sedap and lazat ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencube bonda cantik :3

Resepi lain : Resepi Kari Ikan Tanpa Santan Best Sedap nya

 

http://ift.tt/2ptmNI3

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Maggi Kari Tanpa Perencah So Sedap

Resepi Kari Ikan Mackerel dalam Tin Sedap

Resepi Biskut Cerelac Mudah and Sedap