Resepi Karipap Sardin So Delicious
kongsiresepikari.com – Assalamuallaikum and salam sejahtera kawan cantik and terbaik. Nak try resepi apa hari ni? Pernah tak kawan cantik try resepi karipap sardin? Kalau tak pernah sila semak resepi berikut ni. Resepi karipap sardin ialah resepi yang dibuat guna ikan sardin and adonan doh kemudian masak. Resepi karipap ni banyak sangat varian nya seperti resepi karipap pusing, resepi kulit karipap rapuh and resepi sardin roll frozen. Kesemua tu memang sedap but yang sedap sangat ialah yang nak saya kongsikan ni. Permulaan kawan cantik semak and sedia bahan bahan seperti bawah ni. Lepas tu semak pulak cara cara membuat resepi karipap sardin and doh bawah ni yer. Jom semak resepi nya.
Resepi Karipap Sardin
Bahan bahan Inti
- 1 tin sardin
- 4 ketul ubi kentang saiz besar di potong dadu
- 3 sudu teh rata garam
- 16-20 biji cili kering direbus dan tos
- 2 biji bawang putih
- 1 biji bawang besar saiz sederhana
- 3 biji bawang besar saiz sederhana dihiris
- sedikit air asam jawa
- sedikit gula
- air
Cara cara Membuat
- Mula2 blend kering cili kering yg telah direbus….bawang putih dan bawang besar..blend halus bahan2 ni…
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali…tumis bahan2 blend tadi hingga terbit minyak atau cili betul2 masak….lepas tu masukkan kentang…kacau2 rata.masukkan kuah sardin….air asam jawa dan jugak air secukupnya…agak2 hapus kentang je airnya…masak hingga kentang empuk dan kuahnya kering skit
- Masukkan gula dan garam serta isi sardin tadi…masukkan juga bawang besar yg dihiris..kacau2 hingga bahan2 tadi mesra dah kuah inti sedikit kering….inti sardin ni kuah dia tak kan kering betul2…tapi jgn la sampai berair pulak ye…pandai2 la adjust tang ni ek…bila dah masak inti..sejukkan.
Resepi lain : Resepi Kari Telur Rebus Mudah dan Sedap
Bahan Doh Karipap
- 750gm tepung gandum
- 300gm planta
- 1/3 cawan minyak sayur/ masak -saya guna cawan biasa minum kopi tu bukan metrik
- 2 sudu kecil garam
- 2 cawan air dari peti ais – saya guna cawan biasa minum kopi tu bukan cawan metrik…
Cara cara Membuat
- Bila inti dah sejuk…baru buat doh….mula2 panaskan minyak dan planta dlm periuk kecil. masak hingga didih dgn api yg kecil. sementara tu masukkan tepung dan garam dlm manggok besar…kacau2 rata…bila dah didih planta tadi…masukkan skit2 dlm tepung tadi….gaul dgn sudu/ senduk kayu sebab panas…..kacau2 rata sampai habis. kemudian isi air…isi skit2 dan mula la menguli…..uli sampai doh jadik macam doh buat roti lembut dia…dan texture dia pun lebih kurang sama…rasa cam lembut dan boleh nampak doh tu naik skit…..uli sampai tak melekat doh tu pada mangkok dan tangan….bila dah dpt doh camni maknanya betul la tu….kemudian balut doh dgn plastik…rehatkan dlm 10m…
- Lepas doh direhatkan kita akan dpt doh yg lebih lembut…nampak dia cam berpeluh doh tu….kemudian boleh la mula kan proses menggelek doh dan mengisi inti…..ambil skit tepung dan tebarkan tepung tu sebelum gelek setiap doh….saya guna acu bulat yg besar tuk dptkan betuk yg sekata…kalau tak dek boleh guna cawan….gelek nipis dan bolehla isi inti…..bagus tips balut doh ni dgn plastik sebab doh tu akan lembut sentiasa dan tak dek masalah doh tu akan kering kalau kita buat byk pun dohnya….
- Bila dah habis buat karipap tadi….boleh la goreng…faktor menggoreng pun penting jugak….kalau tersalah cara…kulit tu tak rangup sgt dan tak dek ruang2 kosong kat dlm dia….kalau betul cara goreng nya..karipap tadi akan mengembang dan rangup lama….saya kalau goreng pagi….malam pun still sedap lagi kalau nak makan. masukkan minyak yg byk dlm kuali…..panaskan minyak dan bila minyak dah panas…tutup api dan baru masukkan kuih karipap…ni utk mengelakkan karipap tadi kulit dia berjerawat dan karipap masak sekata…isi jgn penuh sgt dlm kuali….lepas tu hidupkan balik api…api kecil je….dan kemudian biar karipap tu masak hingga kuning….selalu balik2 kan dia…tapi jgn kasar sgt masa nak balikkan sebab kulit ni rangup…takut pecah….dah kuning kaler dia…boleh la angkat. bila nak masukkan karipap tuk kali kedua…tutup balik api kuali dan letak karipap dan hidupkan balik api…sama macam proses pertama…buat cam ni tiap2 kali nak menggoreng..
- Cara2 nak simpan kalau ada karipap yg lebih….dulu2 saya akan goreng sekejap dan toskan karipap…bila dah sejuk susun dlm tupperware dan simpan dlm peti ais…tapi kadang2 letih dan leceh kalau guna cara ni…so saya guna cara lain….masa proses buat karipap tadi…bila dah siap satu dulang….saya simpan dlm peti ais kat tempat sejuk beku….biar dlm 1/2 jam atau beberapa minit….dan kemudian keluarkan dia dan baru susun dlm tupperware…boleh simpan bertinggkat2 kalau ikut cara ni sebab karipap tadi dah keras kulit dia….kalau nak lapik dgn plastik antara karipap tu pun boleh…tapi saya kadang2 tak buat pun. karipap tak melekat kulit dia antara satu sama lain sebab kita dah keraskan kulit dia dulu sebelum tindan2kan….lepas tu simpan la dlm peti ais kat tempat sejuk biasa atau tempat sejuk beku utk tahan lama.
source : qasehququinnie
Hurm sedap nyeeer resepi karipap sardin ni. Pantas hidang untuk anak and hubby. Oke sekian kongsi resepi kali ni. Semoga resepi karipap sardin ni berfaedah and selamat mencube kawan cantik :3
Resepi lain : 3 Resepi Mee Kari Paling Sedap and Wajib Cuba
http://ift.tt/2prdxmT
Comments
Post a Comment